Wednesday, October 14

nasihat seorang teman

assalamualaikum...
alhamdulillah..
bersyukur saya kehadrat ALLAH s.w.t kerana masih diberi kesempatan untuk bersama-sama merenung kembali kehidupan kita...
kita sambung kembali perbincangan kita tentang cinta..
melalui post yang lepas,kita telah membincangkan tantang apa itu cinta..
dan kali ini,seperti yang telah kita janjikan,saya akan membincangkan tentang kelebihan dan kelemahan cinta..
kelebihan cinta....cinta itu ada kelebihannya sendiri...cinta memberi kita ruang untuk lebih memahami erti hidup...cinta juga mengajar kita untuk menghargai orang lain..cinta memberi kita satu perasaan yang sukar digambarkan(bagi yang benar2 mendalami cinta)...cinta bagi saya boleh menjadi satu titik mula bagi seseorang itu berubah...dengan cinta, seorang insan itu boleh berubah dari seorang yang "jahat" kepada "lebih baik"...sebagai contoh,untuk menarik perhatian kekasih hati seseorang itu harus merubah sikapnya kepada yang lebih baik..kerana cinta juga,kita diajar untuk menjadi lebih menghormati keputusan orang lain...dengan cinta kita akan menjadi lebih berketrampilan...kita akan menjadi lebih kemas...kita akan jadi lebih matang...cara pemikiran juga akan berubah....kita akan lebih memikirkan masa depan yang belum tentu akan jadi kerana kita hanya mampu merancang, ALLAH yang menentukannya..cinta membenarkan kita belajar menyanyangi orang lain..

namun....disebalik semua kelebihan ini terselit klemahan-kelemahan yang akan menimbulkan masalah kepada pengamalnya....

kelemahan cinta...kebanyakkannya terjadi kepada golongan muda seperti kita terutamanya pelajar sekolah...cinta boleh mambuatkan diri pengamalnya merana..hal ini kerana apabila kita gagal dalam bercinta,kegagalan itu memberi impak yang cukup besar kepada diri insan tersebut..perkara ini jika berlanjutan akan mengakibatkan tragedi yang tak diingini terjadi seperti bunuh diri,tekanan perasaan,kemungkinan hilang akal dan sebagainya...cita juga boleh mengakibatkan kerugian...kerana apa??buktinya,apabila tiba hari lahir pasangan kitasudah tentu kita mahu menghadiahkan sesuatu kepadanya...dan hadiah itu sudah tentu kita mahu beri yang bernilai...dan sesuatu yang bernilai sudah tentu mahal...tidakkah itu membazir namanya???selain itu,cinta juga boleh merubah sifat seseorang itu serta merta kepada "jahat" apabila berlakunya putus cinta...bayangkan...apabila kita sudahmencurahkan sepenuh perasaan kepada kekasih kita dan tetiba si DIA membuat keputusan untuk meninggalkan kita...mesti frust menonggeng kan??dan kita akan terdorong untuk melakukan masalah2 yang akan mrumitkan lagi keadaan...cinta juga akan menjadikan kita lupa akan asal usul kita...kita lupa mana satu yang patut didahulukan...kadang2 ada pasangan yang lupa agama masing2 apabila bertemu..maka benarlah kata ulama,dalam berdua mesti ada yang ketiga dan yang ketiga itu adalah syaitan...

masih bnyak lagi kelemahan dan kelebihan cinta yang tidak saya senaraikan didalam post ini...jadi marilah kita bersama2 mengenang kembali perkaitan kita dengan cinta...sekian sahaja dari saya...sampai kita bertemu lagi dengan tajuk yang berbeza....
assalamualaikum dan selamat beramal.....

No comments:

Post a Comment